12:39 AM

Tiada penertrasi, dakwaan liwat terhadap Anwar harus diketepi..*

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam R.Sivarasa, yang mewakili Anwar berkata, bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Beliau berkata, dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal,” katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku. - Bernama


-Ouh. Yang penting, saiful suka basuh berak dan mengelap sehingga kering. cemerlang!

3:56 PM

buruk sangka..*

Hei. Apa jadahnya kalau korang ada tanah pusaka tapi korang jual? Kan dah kempunan anak cucu nak makan rambutan. Duh. Sekarang kan dah masuk musim buah-buahan tempatan. Kat area rumah aku ni walaupun area bandar puchong, tapi still celah-celah kampung. Macam kat Kg Baru lar. Banyak la org menanam buah-buahan tempatan. Tp kat umah aku ada pokok kelapa sebatang je. Tu pun tak berbuah. Ceh.

Dulu nenek aku ada sekebun tanah dia tanam pokok rambutan pelbagai spesis. Ada yang kuning kecik, kuning besar, Kuning isi lekang, kuning bijik kecik, kalau rambutan merah lagi banyak lar spesis nya. Dah macam farmville aku tengok. Tapi tu dulu. Nenek aku meninggal masa aku form 3. Masa tu tahun 2002. Atuk ngan nenek aku meninggal tahun yang sama. Bezanya 4 bulan jer. Atuk aku blah dulu, pastu nenek aku follow.

Diorg pun tinggal lar tanah-tanah yang tanam pokok-pokok tu kat anak dia termasuk mak aku. tapi sebab ada tuntutan dari pihak tertentu, diorang jual tanah tu. Sedeh2. Last-last, kitorang gak yang kempunan nak makan rambutan. Dulu, petik lar seberapa banyak korang mampu. Ada kudrat tulang 4 kerat, korang petik lar. Nak tidur atas pokok pun tak per. Tapi sekarang, korg tgok lar duit banayak mana, klaw ade RM5, bleh lar beli 2 kilo. Itu pun ada campur rambutan hijau. Cis.

Mak aku lately dia akan bawak balik rambutan. Gi mana-mana jer dia akan bungkus rambutan bawak balik bagi anak-anak dinosaur yang berperut lubang hitam kat rumah nih. Hish..

"Ma, banyak nyer rambutan ma bawak balik.." Adik aku seronok dan melontar kata-kata itu.

"Dah bnyak duit, aku beli lar bnyak.." Mak aku laju jer jawab. Haha.

"Ni beli kat ner pulak ni Ma..?" Ala-ala anak soleh jer adik aku tanya. Cis.

"Yang ni beli kat kedai Pak Lang, macam sedap sikit, semalam yang beli kat pasar tu tak lekang" Mak aku start berceloteh dan berkomen ala-ala Paula Abdul..huhu

Kalau lar ade kebun rambutan sendiri. kan best?

Pastu tadi ada jiran sebelah datang. Bagi salam. Aku bajet ni mesti mak cik yang datang pinjam duit hari tu. Dua, tiga kali gak dia bagi salam.

"Adah, jangan bukak pintu.." Aku tak kasi adik aku bukak pintu..

"Asal..?" Adik aku sengal tu bertanya.

"Ni mesti mak cik hari tu.. nak pinjam duit lagi lar tu.." Aku mengenang kisah lalu.

"Arghh.. Ni mak cik lain larr.." Adik aku ni mcm taw2 jer..

Bila dia bukak pintu tgok mmg mak cik yang lain. Dia siap bawa rambutan merah yang lekang satu beg plastik besar.. Haha.

"Mekasih yer cik.. Susah2 jer.." Adik aku punyer lar sopan.. cehh..

Haha. Aku gelak jer lar. Sori yer mak cik, lain kali bagi lar salam dengan hint sekali. Macam ni:

"Assalamualaikum. Mak cik datang nak bagi rambutan. Bukan nak Pinjam duit..~!!!"

ok?

ps: Seronok makan rambutan. haha.

6:27 AM

jual.. jual..*

Aku dulu masa kecik-kecik suka main jual-jual. Kami adik-beradik akan kumpul daun-daun, pucuk-pucuk pokok dan susun cantik-cantik untuk dijual. Duit plak, koyak buku latihan sekolah dan tulis not $10, $20 atau $50. Kalau nak kaya cepat, kitorg tulis semuanya not $100. Haha. Lepas tu, the end of the day akan berakhir dengan melalak atau bergaduh. sebab semua tak puas hati.

Yang paling pandai bukak gerai masa tu ialah aku. (Ni blog aku, mesti lar aku hero dalam blog ni..) Aku akan jual buku. Kita kan bangsa membaca. LOL. Mesti ramai yang nak beli buku aku masa tu. Lagi pun tak payah aku susah-susah nak cari daun-daun pokok atau melukis atas surat khabar bentuk ikan (dan claim benda tu as a fish!). Macam biasa lar masa tu ada booth yang kitorg bukak depan garaj rumah. Yang tukang belinya ialah orang yang sama jugak. Sebab main jual-jual adik beradik jer kan? haha.

Kalau nak main ngan jiran sebelah macam tak best pulak. Sebab kami masa tu dalam umur 10 ke 6 tahun. Anak-anak jiran baru umur 3 tahun. Berak pun kena cebok kan lagi. Malas lar nak bergaul ngan orang tak reti basuh berak. Kan?

Andai kata, masa tu ada blog, aku rasa macam nak jual dalam blog larh. kan? macam lagi senang. Tapi aku kena main ngan korang jugak. Pastu, akak aku plak tak der blog. Macam mana dia nak jual produk dia kan? Akak aku ni lagi suka meniaga. Dia jual krepek, jahit baju, buat kuih ngan macam-macam lagi lar. Pastu sebab dia tak ada blog, dia suruh aku pasarkan melalui blog aku. Ciss.

Benda ni ialah bunga konvo atau hadiah konvo lar. Tapi yang ni akak aku buat untuk hari kecemerlangan budak tadika ngan sekolah rendah. (akak-akak aku ngan mak aku ialah cikgu- so, diorg jual kat anak murid diorg.) Sape-sape yang berminat boleh lar tempah. Nak tempah banya-banyak pastu nak korg nak jual pun boleh. Kire korg amek untung atas angin lar. Tapi yang pic no.3 tu akak aku wat untuk konvo. sape-sape yang berminat atau ada soalan, sila lar komen kat sini. Aku akan reply secepat mungkin. Tapi hari ni aku tak online seharian. Sebab aku kena pegi USIM. Tunggu malam baru aku reply. Ok?






6:30 AM

Llma ialah keldai campur kuching..*

Lama aku tak menulis. Paling lama dalam sejarah penulisan aku. Menurut Christopher Columbus, aku tak menulis sejak habis exam yang lalu. Ini sudah masuk minggu ke-dua aku cuti. Apa kes aku duk goyang telur sahaja di rumah? Mungkin kerana cuti sangat sekejap. aduh.

Seminggu aku duk rumah, benda terbaik aku buat ialah baca manga. Midori No Hibi. Yerp. Aku sebenarnya dah baca manga ni since aku habis form 6ix dulu. Tapi cerita ni sangat seronok, ada part lawak, ganas, sedih, gembira, straight, gay dan lesbo. Haha. Aku tak paham kenapa lelaki yang Crush pada Midori tiba-tiba suka jugak kat lelaki yg Midori crush on him. Gila. Haha. Pastu lelaki tu membayangkan dia ialah tangan kiri kepada Sawamura, while Midori ialah tangan kanan.! agaga.

Ceh. Sangat otaku aku nih. Macam mana aku bleh citer pasal manga? demn. So, aku sebenarnya terlibat dengan satu pertandingan. Bulan 12 nnt. Jadi aku adalah wakil ukm. Dan ukm sangat lar nak kami menang. Sebab pertandingan ni 1st time diadakan di Malaysia. jadi aku tengah berusaha utk pertandingan tu.

Paling tak best ialah kerahsiaan. Walaupun dia cakap tak boleh bagi taw aku dari team univesity mana jer, tapi aku rasa tulis dalam blog pn salah satu dari itu kot. Jadi, lepas habis pertandingan tu baru aku akan menulis pasal benda tu k? haish.

Lately, aku dah agak lama tinggal kan blog. Aku tak taw Confession of Pin Patrik apa citer, Siggplus update apa.. Ziha makin cantik ke make up? duhh.. Aku kena tgok diorg punya update untuk 2 minggu. Sori guys. Aku akan klik2 lagi korg lepas ni.


p/s: rindu nak baca tulisan korang. wut a creative people i got here.. hehe.






6:42 AM

nama?..*

Aku dah lama tak jenguk blogger.com ni. Aku sangat sibuk. Dapat update 5 perkataan pun ok kan? Tapi kalau setakat update 5 perkataan, baik aku tulis kat fb jer. Sape yang ade fb, sila search mell aziz dan muzzammil aziz.Lepas tu add pada "add as friend". ok?


p/s: itu sahaja entry minggu ini. gua terpaksa kempen org add fb. sbb gua x der idea. citer banyak. nnt gua story.

3:40 AM

awak. nak maen!!..*

Hari ni hidup gua macam biasa sahaja. Gua baca kulit buku teks agar lebih paham tajuk subjek ini. Gua memang jarang-jarang dapat hadir ke kuliah subjek ini apabila gua tertidur lebih masa. Buat OT dapat gaji lebih bapak gua cakap. Bukan gua cakap. Tapi cerita hari tu ada best sikit. Ada kelainan sikit.

Gua bangun pagi. Solat subuh. Sebab gua tengok celah kangkang gua tak datang PMS. Lepas bancuh-bancuh milo untuk sarapan, gua tengok enset whiteberry gua. Whiteberry lagi lattest dan mahal dari blackberry. Ada mesej dan 9 misscall. Miss mana yang miskol nih? Gua berdebar. Nombor tak dikenali.

Gua tengok mesej dia tulis "Hi awk, morning.." Gua tersenyum girang. Awek.! Gua balas. "Hi jugak syg. Dh mndi?" Awek tu x balas. Gua hampa. Lama juga gua tunggu. Mungkin awek ni tak suka gua mintak peha lepas dia bagi betis. Petang baru dia balas, "Awak, jom maen.." Gua blur. Ajak main apa pulak? "Main guli ker? Saya reti main CS je awak.."

"Awak ni nakal la.." Dia balas lagi. Cis. Cair iman gua.! Demn.

"Nama awak apa?" Gua tanya..

"Didi.. Nak main tak?" Dia reply. Ada ke pompuan nama Didi? Didi Alias mungkin.

"Main apa pulak??" Aku dah mula risau. Hati gua tak sedap.

"Main romen lar..." Dia balas macam dia cakap ngan mak dia "bawang abes lar mak..!"

Ciss. mudah.com.my jer ko cakap yer...??

"Awk ni laki ke pompuan?" Tiba-tiba gua tergerak nak tanya.

Dia tak balas. Gua call nak dengar suara dia. Dia tak angkat call gua. Cilaka. Gua anta mesej lagi tanya yang dia laki ke pompuan. Dia tak balas. Gua suruh Achap call. Dia tanya, "sapa ni?"

"Awek ni bro..!! Gua baru dapat.."

"Asal lu tak call sdri..?"

"Dia merajuk ngan gua, tak nak angkat." Gua buat ayat kencing.

"Barang baik tak.?" Budak ni tanya lagi kat aku.

"Barang baikkkkkkk..!!!" Gua sengeh-sengeh. Haha.

Achap tak banyak cakap. Sambil sengeh-sengeh juga dia angkat ibu jari, bukan jari mak dia.

"Beres bro..!! Gua call skrgg.." Achap suka. Sebab ada jugak pompuan nak cakap ngan dia.

Cantekkkkkk...!!
*suka lu dapat call ini chia..?? haha

Achap dail nombor tuh. 017-*******. Pastu dia tunggu awek tu jawab.

"Hallo....!!" Minah tu angkat...

"Er... awk ni sape eh?Boleh panggil minah..?" Achap terkedu tiba-tiba.

"Minah mana? Awak salah nombor kot.."

Achap off call.

"LELAKI lar cibai...!!"

Gua gelak. Haha.

"Mana lar gua taw.! Gua ingat awek.!"
"Lu memang cilakak kena kan gua.." Achap ngamuk nak baling bonnie kat gua.

Cis. Ada jugak laki kacau gua. Sial betul. Gua dapat stalker macam tu lagi, gua tukar daerah. Agar bila dia call lagi, gadis maxis akan cakap macam ni;

"Maaf, lelaki ini berada di luar daerah. Sila cuba lagi."

Ok?
*kalau "mamat" ni, gua pikir dua kali jugak.
kena buat pemeriksaan breast cancer dulu.

p.s: Hari ni gua rajin klik ads nuff korang. Harap korang begitu juga. Orait?\


7:40 AM

hari ini gua exam..*

Aku bangun awal hari ni. Jam 3.30pg aku dah bersiap untuk pegi exam. Exam aku pukul 12.00 tgh hari jap lagi. Ada beberapa jam lagi. Aku bukak almari. Demn. Tak de tshirt yang boleh aku pakai untuk pergi exam. tinggal sehelai kemeja sahaja. Dan kemeja itu bukan seperti dibawah. Tapi yang bawah lagi tuh. Aku ada sehelai warna hitam, tapi dah bawak balik rumah. Yang tinggal hanya warna putih.
Aku bukan tak nak pakai kemeja putih. Tapi pasti aku akan jadi sangat kacak seperti mamat orang putih kat bawah ni. Tapi kemeja putih ni sangat cepat kotor. Paling aku benci ialah aku terpaksa pakai ngan seluar slack hitam. Dan aku totally macam mamat nih. Tapi kat UKM nih, manusia yang pakai white and black hanya pelajar FUU sahaja (Fakulti Undang-undang). Tapi since Ketua Jabatan Syariah dah wajib kan kami pelajar final year untuk pakai black and white maka aku pun gigih akan meggayakan baju tersebut.
Hari khamis hari tu aku pakai black and white jugak. Sebab Ketua Jabatan suruh pakai hari khamis adalah wajib. Aku pun melangkah ke dewan exam. Sampai depan blok, ada sorang budak FUU ni pandang slack kat aku. Dia ingat dia sorang jer yang keluar UKM nnt jadi lawyer.! Demn. Aku terus kecik hati. Tapi disebabkan aku pakai black and white lagi kacak dari dia, maka aku teruskan sahaja.

Dia pakai black and white dah jadi macam mamat kat bawah ni dah. Huh. Gua memang tak puas hati dengan orang yang memepertikaikan kekacakan gua. Ok?

*ini lu.. lu memang kemas dowh.! anugerah DiRaja gua bagi. ok?

Owh. Oleh kerana dalam dewan exam sangat sejuk. Aku akan pakai dengan sweater seperti ni. Poyo kan aku? Aku sebenarnya tak larh over giler babeng macam nih. Aku sedar yang aku pelajar kat UKM sahaja. DreesUp student kat sini biasa-biasa sahaja. Tak perlu lah aku nak bergaya macam aku ni student Lim Kok Wing. Atau pakai sesikit yang mungkin macam student ASWARA pastu tambah Pashmina. haha.


p/s: cerita 18sx itu aku tangguh dulu ok?

8:08 PM

saya budak baru belajar..*

Lapar tapi tak nak makan. Aku adalah budak yang nampak buah cempedak di luar pagar. Tapi korang yang kena amek galah dan tolok jolokan. Boleh? Tapi kalau nampak bini aku di luar pagar, jangan pulak korang tolok jolokan. Memang mati lar.. Ok?

Tadi seharian aku malas gila nak turun makan. Sebab penat. Nak kena study lagi. Kalau turun kafe, memang melekat kat situ 2 jam sebab tak de lubricant yang memaksa kami untuk balik bilik dan study. Tambahan pulak esok subjek yang agak susah. Pasal undang-undang keluarga. Sem ni kami belajar pasal perkahwinan. Sem depan pasal cerai. Kawen pun ada subjek, tahu? Sebab itu aku duduk bertapa di bilik.

Aku tinggal lagi 3 subjek: Undang-undang Keluarga 1. Undang-undang Acara Sivil. dan Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal. Doakan aku ok? lepas habis exam ni aku janji untuk balas semua klik-klik korang. Mekasih sebab terus mengklik. Huhu.


p/s : aku ada cerita seram + 18sx. Nnt aku cerita pasal org gila seks ajak aku buat seks. ok?



11:46 PM

khusus buat MPP UKM kesayangan aku..*

Sejak aku mula exam ini, makin susah nak tulis sesuatu. Walaupun banyak sahaja perkara yang inig ditulis. Untuk pengetahuan semua, cerita Syafiq..* ialah kisah benar. Benar-benar berlaku. Aku akan sambung cerita itu kemudian. Ok?

Hari ni adalah hari sabtu. Aku agak bengang bila aku bangun selepas tidur lepas subuh iaitu dalam jam 2.00ptg aku dapati air tak ada. Aku ke tandas untuk buang air yang agak kecil, tapi hampa. Air paip gagal keluar. Air aku bisa sahaja untuk keluar. Demn. Demn.

Perhatian untuk MPP UKM, korang better buat kerja untuk jaga kebajikan pelajar. Kalau tidak, tak de satu parti pun kat UKM ni baik aspirasi mahupun GMUKM yang akan menang pilihanraya kampus yang terdekat ini. Hal ini kerana akan ada satu parti yang akan muncul iaitu Gabungan AIRpirasi. Parti ini memperjuangkan kebajikan pelajar dari segi membekalkan air. Ok?

Owh. Satu lagi, aku undi korang bukan untuk korang duduk senang lenang yer. Dah lar pegi kelas pun jarang-jarang, datang lawat student lagi lar tak pernah. MPP aspirasi ngan GMUKM same jer dua-dua. Tak der beza.!! Huh. Buat habis duit student jer tanggung yuran bilik korang.


p/s: mood tak baik mengenangkan MPP Kerajaan dan Pembangkang kat UKM langsung tak buat kerja. Korang ingat korang study kat bilik, korg bleh dapat 4 flat..!! See u at akhirat. Aku tuntut hak aku. ok?

10:55 AM

Syafiq..*

Area tahun 90-an. Masa tu aku kecik lagi. Darjah 4 mungkin. Aku Sekolah di sebuah sekolah rendah. Itu pasti! Aku teringat cerita ini. Mungkin sudah lama. 12 tahun. Ada sorang budak bernama Syafiq. Darjah 1.

Kelas aku dan kelas dia setentang. Dipisahkan dengan court badminton sahaja. Aku sering perhati kelas dia. Sebab aku malas belajar. Perhati gelagat Syafiq, yang juga duduk ditepi tingkap kelas dia. Aku tak sedar bila masa aku jadikan Syafiq sebagai subjek isi masa lapang. Syafiq ada akak. Sekelas dengan aku.

Pernah. Syafiq ni kena marah dengan cikgu Pendidikan Seni dia. Kesian. Sebab dia conteng mata kawan dia dengan water color. Itu pun sebab kawan dia tu ejek lukisan tangan Syafiq warna biru. Syafiq suka warna biru. Biarlah kan?

Cikgu selalu marah Syafiq. Bila cikgu tu masuk kelas aku, dia akan perli-perli akak Syafiq. Kesian akak Syafiq. Syafiq sayang akak dia. Akak dia pun sayang Syafiq. kenapa karangan ini macam karangan budak sekolah? Biarkan. Aku tengah cari mood masa zaman itu. Ok?


Satu hari, aku pergi kantin. Aku nampak Syafiq. Dia duduk sahaja di bangku kantin. Tak makan. Tak minum. Dia asyik main dengan kasut Pallas Jazz yang berkeladak tak basuh itu. Dengan tali kasut serabut serabai. Aku tengok macam anak terbuan budak ni.

"Syafiq tak makan..?" Aku tanya ala-ala concern.

Syafiq geleng-geleng sahaja. Bisu?

"Syafiq puasa ke hari ni..?" Aku teka.

"Syafiq tak nak makan. Tak lapar." Dia jawab. Pandai pulak bercakap.

Aku tengok keliling. Akak dia tak ada. Baru aku ingat. Akak dia tak datang hari itu.

"Akak tak datang yer Syafiq?" Aku tanya soalan bodoh.

"Tak" Pendek sahaja Syafiq balas.

Lepas habis waktu rehat, aku nak masuk kelas. Aku singgah tandas. Aku nampak Syafiq. Dia minum air paip. Alas perut mungkin. Aku sedih. Aku bagi dia gula-gula lolipop aku beli tadi kat dia.

Biasanya, aku akan nampak Syafiq jalan sorang-sorang. Tak ada kawan. Hafal sifir 2 dan 3 tepi koridor. Tunggu bas datang amek. Tapi akak dia kata, Syafiq selalu balik lewat. Sebab dia akan tertinggal bas sekolah. Semua orang lupa pasal Syafiq.

Kalau pagi-pagi, aku datang awal. Ketua kelaskan. Kena datang awal. Aku akan nampak Syafiq dengan akak dia datang dengan beg sebeban yang berat. Tapi, pagi tu masa aku ada latihan sukan dekat court badminton, aku nampak teacher marah dia. Syafiq tak bawak buku latihan. Kesian Syafiq kena lepuk. Dia baru tujuh tahun kot.

Hari sukan sekolah. Pertengahan tahun. Aku nampak Syafiq naik bilik disiplin. Dia kena heret dengan cikgu disiplin yang garang itu. Kesian budak tu. Aku tengok mata dia lebam. Kena tumbuk dengan budak gemuk yang berjalan beriringan dengan cikgu itu. Kenapa Syafiq yang diheret macam kucheng?

Syafiq dan budak gemuk tu bergaduh. Budak gemuk tu cakap Syafiq duduk tempat dia. Tempat dia bawah kipas. Syafiq panas. Syafiq tumpang sekejap sahaja. Salahkah Syafiq? Syafiq penat bersukan. Cikgu suruh Syafiq minta maaf pada budak gemuk itu. Syafiq tak nak. Sebab Syafiq yang kena tumbuk. Bukan budak gemuk tu yang Syafiq tumbuk. Cikug lepuk Syafiq. Cikgu kata, kecik-kecik dah pandai tunjuk samseng. Syafiq beralah. Minta maaf.

Aku tak paham. Perlu ke buli anak orang itu? Dia tak bersalahkan?

Masa nak balik rumah, aku heret basikal. Lalu depan Syafiq. Macam biasa dia duduk dekat koridor kelas dia. Hafal sifir yang ditulis belakang buku. Aku tengok mata dia bergenang. Dia boleh tahan air mata lagi. Kalau aku, dah lama aku bakar sekolah. Akak dia tinggalkan Syafiq sorang-sorang. Sebab akak dia balik dengan kawan-kawan.

"Syafiq tunggu bas..?" Aku tanya dia ringkas.

Syafiq angguk-angguk.

"Akak mane?" Aku saja tanya.

Dia angkat bahu. Tanda tak tahu.

"Makan tak hari ni?" Aku kesian tengok dia lesu.

Syafiq geleng.

Aku bagi duit syiling seringgit.

"Nanti gi beli roti kat kedai sana tu taw.." Aku bagi cadangan.

Dia angguk sahaja. Dia bangkit dan terus pergi ke kedai itu. Aku tinggalkan dia. Hari itu, Syafiq balik rumah dengan ayah dia lagi. Syafiq tertinggal bas seperti semalam dan kelmarin. Ayah Syafiq amek Syafiq pukul 7 malam. Sebab tempat keje ayah Syafiq jauh. Tapi Syafiq rela tunggu.