Salam semua.
Hari dah masuk 25hb. Ya. Birthday saya hari ni. Sebab tu saya jadi baik dan sopan. Hehe.
Tahun lepas, saya sambut birthday dengan "dia". Tapi malangnya tahun ni kami tak sambut bersama dah. Atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami sambut sebulan awal. Seperti tahun lepas, saya kononnya ada wishlist. Tapi tahun ni tidak ada list. Kerana hanya satu permintaan saya sempena hari lahir saya,
Saya mahu awak.
Sedayanya akan saya usahakan. Tapi ianya mustahil. Apa yang awak lakukan adalah untuk kebaikan awak. Kebaikan masa depan awak. Semoga apa yang awak rancangkan berjalan lancar dan saya tahu awak sering ingat saya dalam doa-doa awak, berharap saya menjadi lebih baik. Terima kasih. Itu adalah hadiah paling bermakna. Orang boleh kutuk apa yang mereka nampak dengan mata kasar. Tapi mereka tidak tahu apa yang berlaku antara kita berdua.
Semoga di masa akan datang kita akan menjalin satu hubungan yang lebih diredhai oleh Allah s.w.t. Terima kasih kerana mengambil berat. Dan terima kasih atas segalanya.
ps: saya baru berumur 24 tahun :)
1 Watak Yang Mengomen:
apy besday
wish ur dream come true
besela dugaan, tabahkan hati
Post a Comment