Mak cik kopek pisang.

Salam semua.

Rasa susah kerja? Let's story telling time!

Ada seorang mak cik ni, dia dimasukkan ke dalam wad atas faktor-faktor yang mungkin memudharatkan dia dan juga untuk perhatian lebih baik oleh doktor-doktor yang baik.

Satu hari, seorang doktor wanita bertanya tentang latar belakang mak cik ni.

"Akak ni keje apa?" - Tanya doktor peramah ni.

"Saya kerja kopek pisang doktor.."

"Kopek pisang? Macam mana tu?"

"Kalau orang nak buat krepek ker, nak hantar kat kedai-kedai ke.."

"Berapa banyak orang tu bagi kat akak?" - Doktor dah mula pelik, ada juga orang kerja kopek pisang.

"Untuk sekilo, akak boleh dapat 30 sen. Akak akan usahakan kopek 20 kilo sehari.."

"Jadi akak dapat 6 ringgit lah sehari?" - Doktor tu semacam tak percaya. Dalam zaman milennium ni ada lagi yang berpendapatan RM6 sehari.

Kalau sehari RM6, mungkin akak tu kerja kuat setiap hari. 30 hari. Mungkin dia dapat RM180. Itu hanya 10% dari gaji seorang eksekutif muda. Tapi dia masih mampu menyara anak-anak sekolah dan juga yang paling membanggakan, dia mampu berusaha dengan mengerah keringat. Tidak merungut betapa sukar nya kehidupan yang dia sedang tempuhi. Belum lagi masalah kesihatan yang dia terpaksa tempuhi. Sabarnya dia.

Setiap kali aku terfikir betapa susah dan stress nya kerja aku, aku akan teringat kisah ini. Kisah mak cik kopek pisang ini. Dia mampu bersabar dengan kerja tanpa KWSP, elaun, komisyen, claim dan juga bonus. Kita yang dapat bonus setengah bulan gaji masih lagi merungut. Bersyukur la dapat setengah bulan gaji, kami di kebanyakan syarikat swasta tak dapat bonus apa pun. Apa tah lagi mak cik kopek pisang.

ps: Kalau kita rasa kita susah, ada orang lagi susah. Pesanan dari seseorang.


2 Watak Yang Mengomen:

d u t a said...

good story!!

ziha said...

bersyukurlah dengan pe yg kite miliki.

 
Copyright © Mell Aziz