Salam semua.
Siapa kata nak move-on tu senang? Nope. Kalau ada orang yang cakap senang tu makna nya dia dah berjaya. Bagi yang belum, macam aku, aku dapat rasakan betapa susahnya. Walaupun hakikatnya aku duk nasihatkan orang, move-on lah, move-on lah. Tapi bila kena kat batang hidung sendiri barulah kau rasa susahnya nak move-on.
Sampai satu tahp, aku cakap dekat sorang kawan aku, aku boleh move on. Tapi aku tak nak. Sebab aku sayang hubungan tu. Tapi bila fikir balik, tak la teruk pun aku nak move on pun, move ke sesuatu yang lebih baik. Semoga itu dapat memberikan kelebihan dan kebaikan untuk semua orang.
Sebenarnya rasa kecewa tu memang ada. Banyak. Rasa sakit tu dah kurang. Bila aku kecewa, aku jadi malas nak kerja, jadi sakit-sakit badan. Kemudian aku teringat pasal depression. Atau kemurungan. Aku risau juga. Sayang lagi kat diri sendiri, kalau boleh tak nak mudharat diri bila sayang kat orang. Aku sepatutnya sayangkan dia macam aku sayang diri sediri. Bila aku sayang dia, aku sepatutnya jaga diri. Supaya dia tak perlu risau pasal aku lagi. Dan dia dapat teruskan hidup. InshaAllah. Setakat ni aku tak sampai nak bunuh diri lagi.
Semoga, kita dapat kawan sampai bila-bila.
ps: no ps for this entry.
1 Watak Yang Mengomen:
yes ur 100% true!memang kite senang nasihat org suh move on tp bile kene kt diri sendiri mcm nk mati je bile kene move on..tp itulah die dugaan idup...yg xsume org rasa ape yg pernah ko lalui..sabar bebanyak k :)
Post a Comment