Cerita ni masa aku sekolah rendah dulu. Masa tu aku sekolah dekat area Batu Belah, Klang. Masa sekolah aku tak berkawan sangat. Pergi sekolah, balik sekolah. Bergaul dengan budak-budak yang naik bas sama-sama je.
Sorang budak ni, nama dia Azam. Dia naik bas sekali dengan aku. Satu hari masa aku rehat kat kantin, aku nampak dia beratur nak beli makanan. Dia pegang keropok roda-roda, lepas tu pegang nasi lemak. Mungkin dia lapar, tapi teringin keropok roda.
Akhirnya dia beli nasi lemak. Minum air paip dekat surau. Lepas dia sudah makan, dia tengok geng-geng budak darjah tiga main kejar-kejar kat court badminton. Dia duduk tepi koridor, aku duduk atas bangku setentang dengan dia. Leka dia. Aku duk perhati dari jauh, dia memang tak banyak cakap atau bercampur dengan orang.
Kemudian. Dia pandang kiri. Aku nampak ada keropok roda atas lantai koridor. Sebelah kiri dia. Lama dia tengok keropk roda tu. Dia pun gerak pelan-pelan, dia mencangkung sebelah keropok roda yang dah jatuh atas lantai tu. Dan kutip. Mungkin dia tak nak orang tengok dia makan makanan kutip, dia pun buat-buat menguap, dan makan.
Siapa tahu, hasil buangan dari apa yang kita tak mahu, ada yang melihat itu sebagai sesuatu yang berharga.
Sama juga dengan cikgu aku dulu, dia anak yatim piatu, tak mampu nak beli tembikai. Dia akan kutip lebihan kulit tembikai, basuh, dan makan sisa yang ada berbaki merah.
ps: keropok roda, rasa masin. Sangat sedap. :(
2 Watak Yang Mengomen:
sedih : (
Kesian nya dia :( Adik org pon pernah kutip macam tu jugak masa sekolah rendah. Kena titik tangan sebab habit.
Post a Comment