Bila kita clash, break off, putus, atau apa sahaja yang kamu panggil, biasa nya kita akan gila meroyan. Atau sangap. Gila meroyan sebab tetap nak bermesej-mesej dengan dia, tetap nak jumpa. Tetap nak call-call. Apa aku ni tak reti bahasa ke yang kami dah tak ada apa-apa hubungan melainkan seperti mana yang kita setuju?
Tapi, kalau dia je yang decide hubungan kita macam ni, tapi aku tak setuju macam mana pulak? Bukan ke hubungan tu sepatutnya dua hala? Macam mana kalau aku tetap nak jumpa dia? Tetap nak mesej dia, tetap nak bersama. Walaupun bukan macam dulu..
Itu bukan masalahnya, masalahnya aku ni sangap sangat ke? Punyalah ramai orang lain kat luar tu, tapi kenapa duk terhegeh-hegeh kat dia sorang tu?
Entah la. Love have no reason.
Kenapa kita masih bersama, kenapa kita boleh terima sikap dia, kenapa itu, kenapa ini, itu semua asal dari hati. Sanggup terima apa sahaja. Sebab, kita tiada alasan kenapa kita suka, kita tiada alasan kenapa kita bersama.
ps: jiwang pulak petang-petang ni. Haish!
1 Watak Yang Mengomen:
Y_Y
(nothing much to say... jz wanted to cry here)
Post a Comment